Member Sejati xix_AdeAQuKesAh_xix

Nombor Ingternet Kamo~~ =P

My IP address

Free Download Movie HANTU BONCENG

September 29, 2011
HANTU BONCENG

Sinopsis

Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang penghantar pizza yang gemar berlumba drag motorsikal secara haram. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya itu keluar dari kawasan perlumbaan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.



Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.







p/s : Korang caru URL cte nie n g kat keepvid..copy paste jer link URL dy..Pastu korang blh pilih nak format mcm mana..=)

10 Orang Pertama Yang Mendaftar Facebook

September 27, 2011
Mereka nie adalah yang 10 pendaftar pesbok 10 terawal..
Korang rase korang no bpe erk???
Hahaha..

10. Mark Kaganovich



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 28
mark kaganovich1 10 First People To Join The Facebook
Mark Kaganovich adalah mahasiswa di Harvard dan rakan Hammer

09. Collin Kelly



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 27
colin kelly 10 First People To Join The Facebook
Colly seorang mahasiswa Harvard dan rakan Daud Hammer dan Collin Jackson

08. Andrew MacCollum



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 26
andrew mccollum 10 First People To Join The Facebook
MacCullum dan Mark Zuckerberg berada di kelas yang sama untuk CS: 161 Subjek dan dari situlah bagaimana mereka bergabung di Facebook begitu cepat

07. Chris Putnam



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 13
chris putnam 10 First People To Join The Facebook
Putnam adalah orang kedua yang bergabung di facebook yang bukan mahasiswa Harvard, Dia rakan dengan facebooker awal-Xing Kang Jin dan Marcel George Laverde dan ia digunakan untuk menjadi salah satu programer pertama di Facebook

06. Soleio Cuervo



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 11
soleio cuervo 10 First People To Join The Facebook
Cuervo merupakan rakan dengan anggota Facebook awal Kang-Xing Jin dan Marcel Laverdet

05. Marcel Laverdet



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 10
marcel georgs laverdet 10 First People To Join The Facebook
Marcel adalah salah satu ID awal di Facebook yang bukan mahasiswa Harvard. Marcel juga merupakan rakan dengan Facebookers awal Chris Putnam, Soleio Cuervo, Kang-Xing Jin, Chris Hughes, Mark Zuckerberg

04. Arie Hasit



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 7
arie hasit 10 First People To Join The Facebook
Arie Hasit adalah rakan Daud Hammer dan Co Pendiri Chris Hughes

03. Dustin Moskovitz



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 6
dustin moskovitz 10 First People To Join The Facebook
Dustin dan Mark Zuckerberg adalah rakan sebilik di Harvard, Dustin merupakan salah satuPengasas Co dari Facebook

02. Chris Hughes



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 5
chris hughes 10 First People To Join The Facebook
Chris Hughes merupakan rakan sebilik dengan Mark Zuckerberg dan ia turut mengasaskan facebook

01. Mark Zuckerberg



Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 4
mark zuckerberg 10 First People To Join The Facebook
Mark Zuckerberg pengasas Facebook

p/s : Aku rasa akulah orang no 11..hahahaha(pasan)

Kisah Cinta Luar Biasa Se~Pasang Burung???

September 26, 2011
Ini adalah True Love Story yang telah mengejutkan berjuta-juta orang di seluruh dunia.
Manusia pasti menangis selepas melihat gambar-gambar ini..
Di Amerika dan Eropah dan juga di Asia telah dikatakan bahawa jurugambar menjual gambar-gambar ini bagi satu bayaran paling mahal kepada akhbar paling terkenal di Perancis..
Semua salinan akhbar syarikat media cetak itu telah habis dijual pada hari pertama gambar-gambar ini diterbitkan..

Story dia agak menyayat hati woo.. 
Bagaimana seekor burung Barn Swallows menyayangi pasangan dia hingga ke akhir hayat ! Huhu.. Sapa cakap burung dan haiwan takdak perasaan ?
Meh kena luku sejibik nak? 
Hmm.. So.. Jom layan kisah cinta sejati seekor burung ! Jeng jeng jeng...



*Love Story of Barn Swallows*


Ini burung isteri-nya yang tercedera agak parah tapi masih gagah untuk memanggil si suami jauh di atas pokok..


Beberapa saat kemudian si suami datang dengan pantas setelah melihat si isteri terbaring selepas dilanggar sebuah kereta..Si isteri menjerit kesakitan hingga si suami nekad mencari sedikit makanan..


Beberapa detik kemudian si suami datang membawa sedikit makanan dan mengharap agar si isteri pulih..Si suami menggosok kepala si isteri dengan penuh kasih sayang..Namun ketika ini si isteri di saat nafas terakhir..


Si suami yang terkejut dengan perubahan si isteri terus melompat ke atas badan si isteri untuk mencuba menyelamatkan si isteri yang amat di cintai..Namun si isteri tidak bergerak langsung!Si suami terus mencuba dan mencuba..


Si suami yang tak dapat menerima kematian si isteri terus meraung dengan tangisan sambil si isteri kaku di depan mata nya..Apakan daya si suami untuk menyelamatkan isterinya..


Si suami yang kesedihan merapatkan badannya ke badan si isteri..Saat terakhir si suami melihat wajah isterinya yang kaku tidak bernyawa..Si suami kemudiannya membawa pulang mayat isterinya dengan keadaan sedih yang teramat..

Wow!
Indahnya cinta pasangan burung ini..
Padahal dia cuma se ekor binatang!!!
Siapa cakap binatang takde perasaan!!!
Meh aku nak lempang maut..
Hehehe..

Tapi memang feel..
Dan kisah yang tak pernah korang tau..
Si suami beberapa kali mencium isterinya selepas mayat isterinya kaku..
Cukup mendalam kesan kisah ini dalam diri aku..

Korang sume macam mana???

''Haiwan pun saling menyayangi..

Tak ke tercabar wahai manusia sekalian yang suka cerai 

berai tu? ''

Renung2~kan dan selamat beramal.. 
Tata...  =D

Embun..

Embun - Aqasha

Dari bibir
Kancah yang menyiksa
Telah tersua cinta kita
Usah dikau cuba menyangkalnya
Kutahu kau merasa apa yang kurasa

Katakanlah
Mentera apakah
Mengobar bara di hatimu
Kau rela korban sebuah asmara
Demi merandai perjuanganmu

Embun... andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kan kulupa

Embun... andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Kudamba dikau di syurga

Oh...
Kaulah cahaya menerangi kegelapan
Kau kekuatan di kala mumur impian
Andai kau gugur malah tiada bernisan
Takkan kau pudar di ingatan

Embun... andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kulupa

Embun... andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Kudamba dikau di syurga

Kudamba dikau di syurga
Nun di syurga


p/s : Sedihnyerrr... Korang..Sob2..Huk3..

Merinduimu ~~ ^_^

September 25, 2011
Huhuhuhu..
Miss someone nie..
Tetapi dy jauh dalam hati aku..

Itu la akibatnya cinta...
Sakit hingga tak terkata..
Peritnya hingga tak terperi..
Pedihnya hingga tak...
Hurmm...

Adoi..
Teringat lak kisah lama aku dan dia..
Seronok sangat..
Seronok sampai tak ingat dunia beb!

CINTA DIA SESANGAT..

Jauh dimata Tapi dekat dihati ini..
Mak ai..pehal jiwang tetibe alk aku pepetang nie..
Hahaha..

Lagu kenangan kami..


Lagu ini pernah buat dia menangis sampai dia menyebut..
'Jangan tinggalkan saya'

Hurmm..

Aku sayang dia sesangat..
Walaupun dia tak tahu or buat-buat tak tahu..

Aku cuma pikir nak simpan dulu seronok kami..
Nati kahwin rasa boring lak kan..
Hahaha..



This song juz 4 u..
Muuuaah!!!

Hahaha..

Aku tahu korang pun ada jugak situasi macam aku..
Apa kata korang komen..
Kita boleh kongsi dan bagi pendapat..

Aku bukan apa..
Korang sume ada maslah dengan pasangan korang sendiri kan?
Tak payah nak tipu lah..
Ayat yang paling aku benci..

'Kami tak pernah gaduh..'
'Sepanjang kami kapel..sikit pun dia tak marah saya'

Ayat paling samdul bagi aku..
Setiap hubungan pasti ada pergaduhan..
Tak kira lah kecik or besor..
Tol x?




Huk3..

Dah la wei..
Tamo sedih2 okep!
Be Happy Go Lucky..

Mungkin pasangan kita sengaja nak tengok sekuat mana cinta kita..

Seperti kata lagu ini..


So?
Amacam korang?

Huhuhu..
Thank you for viewing this blog site =)

Daa ~ ~ 

MAKNA SETIAP KENTUT ANDA

ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

ORANG YANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam-jam

ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

ORANG YANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

ORANG YANG GUGUP
Orang yang tiba-tiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

ORANG YANG ***
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar

ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi “tit – tit – tittttt”

ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi “blekutu – blekutu – bloop – bloop – bloopp“

ORANG YANG ATLET
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya itu merdu, harum dan wangi…

Dan mungkin korang akan dapat idea cara nak kentut dengan lebih menawan apabila menonton video ini..

(jangan tiru aksi ini 18PL)



p/s : Jadi? Kentut anda wangi ke? :P

Iqram Dinzly & Fouziah Gous Kemalangan

September 24, 2011



Kasihannya dengan pelakon Iqram Dinzly & Fouziah Gous yang sedang dalam perjalanan ke Karnival Amal Syawal NSTP di Bangsar, Kuala Lumpurkerana kereta yang mereka naiki telah terlibat dalam satu kemalangan. Tengok sahaja kereta Iqram model Satria Neo warna kuning bergelar ‘Bumblebee’ itu, teruk nampaknya tetapi syukurlah kerana tiada kecederaan kepada mereka.

Apa pun kes ini masih di peringkat awal dan masih belum ada penjelasan rasmi berkenaan isu terbabit. Diharap mereka berdua bersabar kerana melakukan kerja amal adalah perkara baik, Semoga rezeki mereka lebih murah selepas ini.

GEMPAR!!! GADUH DALAM LRT!!!

September 23, 2011
Korang pikir sendiri..
Putus cinta bagai nak gila..
Kalu aku..
Mintak  jauh ar dari perempuan macam ni..

Huhuhuhu..

Kalau aku..
Baik aku nangis sebab arwah mak aku..
Baca yasin ke..
Al-Fatihah pun jadi lah..

Melalak macam ni..
Jantan mane nak amek jadi bini weeiiii!!!



KONSPIRASI DI SEBALIK KEMATIAN MICHAEL JACKSON YANG KORANG TAK TAHU!!!

September 19, 2011


Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.


Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.


Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.


Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.


Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.


Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.


Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.


Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.


“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.


Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?


Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.


Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...