Member Sejati xix_AdeAQuKesAh_xix

Nombor Ingternet Kamo~~ =P

My IP address

MAKNA AIR MATA IBU (KASIH TER-AGUNG)

September 9, 2011
Assalamualaikum..
Entry kali nie juga tentang pengorbanan ibu..

Namun perbincangan kali ini tentang 'MAKNA AIR MATA SEORANG IBU'..

Sebelum itu..
Renungkan lagu ini..
Tersentuh hati ini apabila mendengar lagu ini..



(Siti Nurhaliza - Air Mata Ibu)



Ini pula puisi tercipta hanya untul ibu..

Puisi Untuk Seorang Ibu

Air mata ibu mengalir,
bila mendengar tangisan si kecil,  
masih merah salutan darah kelahiran.  
Biarpun penat bersabung nyawa,  
senyuman tetap terukir  
ceria memekar taman jiwa.  
Segala puncak sengsara  
hancur semerta,  
selamat zuriat melihat dunia...

Air mata ibu  
menitis lagi,  
bimbang resah mengulit diri,  
sepanjang malam berjaga gelisah,  
kerana si kecil masih mentah  
meraung sakit ditimpa musibah...


Hari itu,  
air mata ibu
  bergerimis lagi,  
bukan kepiluan
tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan
  tak kering bibirnya dengan senyuman,  
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...


Takdir tuhan siapa menyangka,
harap panas bertahan
  sang hujan bertamu ditengah laman...


Tika ini,  
air mata ibu  
bergenang kelukaan,  
hati tua robek
sarat calaran,
permata kebanggaan
  hilang kilauan kemanusiaan,  
didikan tinggi tiada pedoman,  
akibat gelap hati iman
harta nafsu jadi panduan...


Kemuliaan ibu,
hilang  
ditimbus padam,  
insan mulia
yang sarat pengorbanan
  ditinggal gersang...


Rintihan si ibu,  
Kesepian...  
Kesedihan...  
Kekecewaan...


Bukan balasan 
jasa pintaan jua,  
cukuplah secebis kasih permata
  sementara jasad bersisa nyawa
  biar tenang menutup mata...








Menitis air mata..
Kadang2 terkenang pada ibu yang sudah tiada..
Seperti diri aq sendiri..
Yang baru kehilangan seseorang yang amat aq sayangi..


Terlalu sayang..
Banyak dosa yang aq dah buat..
Melawan..
Ingkar..
Dan banyak lagi..


Kita sebenarnya boleh bincangkan semua ini..
Namun takut sebak kita mengelak dari bahas topik ini..
Dan banyak kesalahan serta kesilapan kita terhadap ibu..
Kita mengelak dari membahas hal ini..
Disitu golongan ibu seperti tidak dihargai..





Renungkanlah nilai pengorbanan ibu terhadap kita...
Kasih sayang yang tidak ternilai yang harus kita hargai..
Jangan kita tersilap kata dengan wanita yang bergelar ibu..

Sekian..

Wasalam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...